Kita Balik Raya Anai-Anai Pun Beraya Didalam Rumah Kita

Gambar ini diambil selepas tuan rumah pulang dari mengerjakan haji selama 1 bulan

Anai-anai sangat aktif, sangat taat dan komitmen para pekerja anai-anai ialah membawa makanan pulang kepada Permaisuri tercinta. Motif mereka hanya mencari makanan dan seperti gambar di atas anai-anai telah menyerang kabinet dan telah di istiharkan rosak sepenuhnya di dalam masa lebih kurang 2-4 minggu sahaja. Bukan sedikit, bukan ratusan ringgit tetapi kos untuk membaiki dan menukar kabinet baru boleh mencecah ribuan atau puluhan ribu.

Bagi mengelak berlakunya serangan anai-anai, di sini kami cuba kongsikan 4 tanda-tanda bagaimana untuk mengesan kewujudan anai-anai di rumah anda dan cegahlah ia dari peringkat awal.

1) Kehadiran kelkatu

Terlihat kehadiran kelkatu keluar dari lubang di kawasan rumah anda. Proses ini belaku apabila anai-anai akan cuba melahirkan koloni yang baru selepas berpasangan.

2) Laluan anai-anai

Kelihatan terowong sebesar pensil muncul dari kerangka pintu, skirting lantai dan perabot. Terowong ini jugak sangat dijaga dan dikawal oleh anai-anai, jika berlaku kerosakan pada laluan ini ianya akan dibaiki dengan serta merta.

3) Kesan perubahan tekstur warna

Warna kayu pada lantai parquet, kerangka pintu, tingkap dan sebagainya akan menjadi lebih cerah menunjukan kehadiran anai-anai.

4) Kesan perubahan bunyi kayu

Kayu yang diserang anai-anai akan menjadi kosong dan menghasilkan bunyi berongga apabila diketuk. Anai-anai akan memakan kayu ini secara senyap.

Jika tanda-tanda ini terdapat dirumah anda, jangan tunggu sampai habis rosak keseluruhan barangan berharga anda, basmi ia dengan segera dan yang paling penting sekali berilah kepercayaan kepada orang yang layak untuk mengurusnya.

Bagaimana Kita Boleh Mengawal, Mencegah dan Seterusnya Menghapus Koloni Anai-Anai?

Mengawal anai-anai boleh dibuat pada 2 peringkat;

  1. Sewaktu di dalam proses pembinaan (pre-post construction)

Sekiranya anda bercadang untuk membina rumah sendiri, di atas tanah lot amat penting untuk anda melakukan semburan sebelum pembinaan. Masa terbaik untuk membuat pre-post treatment for termite untuk menhalang dan menghapus anai-anai ialah sewaktu kerja-kerja tapak (footing) dibuat dan sebelum menuang simen ke dalam tapak tersebut2.

2. Selepas rumah telah siap dibina terdapat 2 kaedah untuk menghapus koloni anai-anai;

  • Rawatan tanah (soil treatment) – rawatan tanah ialah dengan kaedah menebuk lubang dan menyuntik racun anti anai-anai di dalam tanah. Tujuan menyuntik racun anti anai-anai ialah untuk membunuh anai-anai yang aktif dan menjadikan tanah tersebut tidak sesuai untuk anai-anai terus tinggal di bawah rumah anda.

Menyuntik racun anti anai-anai yang akan bertahan di bawah tanah selama 5-10 tahun

 

  • Umpan (Baiting) – kaedah mengguna umpan semakin mendapat tempat di hati pengguna, kerana kaedah ini tidak perlu menebuk lantai. Umpan anai-anai mengguna bahan yang hampir tidak bertoksik kepada manusia. Bahan umpan yang berbentuk serbuk dan perlu dibancuh dengan air ini mempunyai bahan yang boleh menganggu proses perut dan proses menukar kulit bila tiba masa anai-anai untuk bertukar kulit. Sewaktu proses ini anai-anai yang gagal untuk bertukar kulit akan mati. Kawanan di dalam koloni menganggap anai-anai tersebut telah mati secara semulajadi, dan mereka akan memakan kawan mereka sendiri!. Secara tidak langsung keseluruhan koloni anai-anai akan :”berjangkit” dan secara perlahan-lahan seluruh koloni termasuk permaisuri akan mati.

    Selepas 2 minggu hampir 90% umpan telah dimakan

    Mengikut pengalaman sekiranya koloni kecil, umpan anai-anai ini akan menghapus koloni anai-anai di dalam masa 4-8 minggu, sekiranya besar ia akan mengambil masa yang lebih sedikit.

Untuk ketenangan sewaktu pulang beraya nanti, sekiranya anda telah melihat terdapat antara tanda-tanda seperti di atas, jangan berlengah untuk buat tindakan awal. Untuk kepastian kami sedia membantu untuk membuat pemeriksaan di rumah anda. Sila telefon 019-3955611 atau klik link ini untuk terus whatsapp :

 

KLIK ICON UNTUK TERUS WHATSAPP

Advertisements

Anai-Anai Bukan Sebarang Serangga

Anai-anai bukan sebarang serangga tetapi serangga yang paling ditakuti ramai. Jika ada yang mengatakan lebah adalah serangga yang paling ditakuti dan boleh membawa maut. Lebah akan menyerang manusia jika sarangnya diganggu dan tidak merosakkan harta benda. Sebaliknya anai-anai pula akan … Continue reading

Basmi Anai-Anai Biar Pakar yang Uruskan

Harga untuk bunuh anai-anai mahal sangat?

Sebagai contoh ada customer kata dia dapat offer untuk kawal anai-anai di rumah teres 20×70 hanya RM995!! serta warranty 3 tahun.

Memang murah gila, dan admin terus mengalah dan kata panggillah orang tu buat. Admin tak mampu buat dengan harga tu.

Kenapa pco (pest control operator) tu boleh bagi harga semurah tu? Antara sebabnya :

1. Mereka guna racun “busuk” yang murah. Racun ini hanya sesuai untuk diguna di ladang shj. Racun ini sangat kuat baunya sehingga ada customer yg mengadu sesak nafas.

2. Jarak dan jumlah lubang yang tidak ikut spec. Jarak antara lubang ialah 3 kaki tetapi admin pernah jumpa jaraknya 6-7 kaki. Jumlah lubang jika ikut spec ialah sebanyak 100-120 lubang.

3. Jumlah racun disuntik tidak ikut spec, jika ikut spec 1 lubang disuntik dgn 10 liter bancuhan racun, tetapi ada yg hanya menyuntik 1 liter. Spec standard racun bancuhan utk 1 rumah ialah lebih kurang 1000 liter.

Mengapa harga berbeza?

Harga di antara pco yang berbeza adalah disebabkan oleh perbezaan racun yang digunakan. Racun busuk mengguna bahan aktif yang lama, yang sudah berpuluh tahun digunakan. Ada sesetengah racun sudah pun di banned oleh Jabatan Pertanian Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar kerana bahan aktif racun tersebut telah memusnahkan ecosistem tanah.

Ini ialah perbezaan harga antara pco yang bagi harga murah dan harga standard untuk bunuh anai-anai. Apa guna bayar murah tetapi masalah tak settle? Harta benda tetap rosak dan kena belanja utk panggil pco lain pula, dah berganda-ganda kos tu kan¬†ūüėĘ

Admin bagi contoh mudah agar boleh faham, kalau cerita detail mengenai perbezaan racun busuk dan racun mahal yang tak berbau, kita kena berjumpa sewaktu inspection hehe.

PEMERIKSAAN ADALAH PERCUMA jadi jangan risau untuk call atau whatsapp 0193955611

Anai-anai dah makan frame pintu, nak guna umpan atau buat slab injection?

Soil treatment vs Baiting

 

Terdapat perbahasan di dalam industri syarikat pest control dan juga pengguna, kaedah mana yang paling berkesan untuk menghapus anai-anai yang sudah memakan frame-frame kayu didalam rumah?.¬† Sama ada kaedah paling klasik iaitu rawatan tanah atau orang kampung saya panggil soil treatment atau umpan yang juga dikenali sebagai baiting. Kita guna kaedah omputih la ye senang sikit nak type hehe…

Ramai pengusaha di dalam industri pest control akan mengatakan kaedah kawalan mengguna liquid lebih berkesan berbanding mengguna baiting yang kerap kali mengguna serbuk IGR (insect growth regulator) untuk meracun secara slow and steady dan seterusnya membunuh keseluruhan koloni anai-anai di bawah premis anda.

Kenapa kaedah kawalan liquid atau soil treatment lebih berkesan?

  • Kaedah drill dan suntik racun anti anai-anai akan menyerap ke dalam tanah dan akan bertindak menjadi barrier (perisai) di bawah slab lantai rumah anda.
  • Kaedah ini lebih berkesan kerana ia “shoot to kill”, nampak aje tembak dan bunuh. Kadar kematian (mortality) lebih tinggi atau menghapus keseluruhan koloni anai-anai.

  • Barrier yang terjadi akan kekal di dalam tanah untuk tempoh masa yang panjang.

Racun yang disuntik akan bertindak sebagai benteng pertahanan menghalang anai-anai dari memasuki rumah

  • Kos rawatan hanya dikeluarkan 1 kali sahaja.
  • Terdapat syarikat yang menawarkan pakej dengan pemantauan selama 6 bulan atau 1 tahun.

Menyuntik campuran racun serangga anti anai-anai ke dalam lubang

Kenapa perlu berfikir dengan lebih panjang untuk mengguna kaedah baiting?

  • Serbuk baiting IGR ini perlu dipasang betul-betul di atas laluan mud tunnel anai-anai
  • Serbuk ini mudah dicemari oleh unsur luar yang akan menjadikan umpan tersebut tidak mendapat perhatian anai-anai. Unsur yang boleh mencemarkan umpan kemungkinan juruteknik tidak mengguna sarung tangan, menghisap rokok, tidak mencampur kuantiti air yang secukupnya dan tidak akan mendekati umpan tersebut. Sebab-sebab lain mungkin terdapat kebocoran air dan masih terdapat banyak sumber-sumber makanan anai-anai dari kayu seperti frame pintu, tingkap dan lain-lain.
  • Memerlukan pemantaun setiap 1-3 bulan dan kos mengganti baiting station akan dicaj.

Inground Station & Timber Insert

  • Kemungkinan umpan tidak berjaya atau anai-anai suka bahan tersebut agak besar. Untuk pengetahuan anda anai-anai sangat memilih bahan yang untuk dimakannya.

Kaedah soil treatment walaupun dikatakan teknik kawalan anai-anai yang telah ketinggalan zaman, tetapi masih dipraktikkan sewaktu pra-pembinaan sesebuah rumah atau bangunan untuk menghalang anai-anai dari menyerang premis tersebut selepas premis itu siap dibina dan selepas pembinaan dengan kaedah menebuk dan menyuntik racun seperti yang dibincangkan di atas.

Sekiranya anai-anai telah merosakkan kebanyakkan struktur kayu di dalam rumah, kaedah soil treatment adalah sangat-sangat dicadangkan berbanding kaedah umpan.

Mengapa Harga Perkhidmatan Pest Control Berbeza?

Knockdown, IGR dan Residual Insecticide (racun serangga)? ¬† Sebagai pelanggan anda inginkan harga perkhidmatan kawalan serangga yang murah kerana menganggap anda boleh DIY. Sebaliknya anda silap, dunia pest sangat komplek memerlukan latihan dan pengetahuan yang luas untuk mengawal dan membasmi … Continue reading

Apa Itu General Pest Control?

General Pest Control bermaksud kawalan pembasmian serangga dan haiwan kacau ganggu. General Pest Control atau Kawalan Serangga Am meliputi lipas, semut, nyamuk, lalat, lipan, ¬†pepijat, cicak, labah-labah, burung, tikus dan lain-lain. Lebih mudah untuk di fahami sekiranya kerja-kerja itu hanya … Continue reading

Anai-Anai Cermat, Kerja Berpasukan dan Tidak Membodek Bos

Walaupun anai-anai adalah musuh saya, dan saya tidak akan bagi muka kepada anai-anai jika terjumpa, kompom¬†saya akan belasah sampai ke bawah tanah. Walaupun anai-anai itu musuh, secara diam-diam saya amat respek dengan anai-anai, respek¬†dengan cara mereka bekerja secara “team work” … Continue reading

Why Termites Attack Your Property?

Wonder why termites are drawn to wood?, there are other factors that may lead to a termite infestation too. What causes termites and what to do about it?. Four main factors that lead to the attack; MOISTURE Subterranean termites, who … Continue reading

Premise 200 SC Untuk Rawatan Anai-Anai Yang Lebih Efektif

Bayer adalah pengeluar racun serangga dan pharmaceutical sejak dari tahun 1863, oleh itu kredibiliti Bayer sebagai pengeluar racun serangga yang sangat berkesan tidak dapat disangkal lagi. Racun serangga yang dihasilkan oleh Bayer sangat bermutu dan penggunaan racun-racun serangga hasil dari … Continue reading

Tikus Comel Tetapi Mampu Membawa Maut

Kartun si kucing Tom dan si tikus Jerry memang kelakar gila, tak jemu tengok dari zaman admin kanak-kanak sehinggalah admin dah ada cucu sekarang ni hehe.. si Jerry memang power, karekter Jerry yang cerdik sering kali menjadikan Tom mangsa bulinya. … Continue reading